Tungku Ibu

Tungku Besi

KEGUNAAN:

1- Digunakan sebagai alat tradisional kepada ibu ibu lepas bersalin untuk bertungku perut bagi mengecutkankan rahim. 
2- Boleh digunakan sebagai tungku untuk menghilangkan lenguh lenguh badan,angin dan sakit sendi.

KANDUNGAN: Diperbuat daripada 100% besi padu.

CARA PENGGUNAAN: 

1- Panaskan diatas api sederhana
2- Balut dengan kain nipis/daun herba
3- Masukkan ke dalam sarung tungku tebal/berherba MyPermataHati

* kepanasannya boleh bertahan sehingga lebih 1 jam.



Tungku Besi + Sarung Herba


Tungku Besi Ibu ini didatangkan beserta sarung yang mempunyai herba di dalam...Sarung ini amat mudah kerana tidak perlu lagi mencari daun-daun kayu untuk dimasukkan kedalam sarung tungku...Sebelum ini sekiranya hendak bertungku haruslah mencari daun-daun dahulu untuk diletakkan bersama dengan tungku besi..sekarang tak perlu lagi bersusah payah mencari daun-daun kayu kerana sarung tungku ini telahpun diisi dengan ramuan daun-daun tersebut.


Tungku Besi + Sarung Biasa


Bagi sarung tungku tanpa herba/biasa boleh digunakan lama sgt bergantung pada penjagaan individu terhadap sarung tungku tu....tapi kena cari daun herba sendiri balut tungku klu tak balut pun takpa tp tak de la khasiatnya kan...beza dgn herba boleh guna selagi ada bau herbanya...biasanya kalau dah bagi yang berherba bila dah hilang bau di kira dah kurang khasiat....jd klu nak bagi tahan lepas bertungku better simpan dalam plastik atau bekas kedap...sblm nak simpan make sure sarung tungku tu sejuk k......







Harga Set Tungku Besi

Harga Tungku besi (2kg) & Sarung Herba: RM 70.00

Harga Tungku besi (3kg) & Sarung Herba: RM 80.00

Harga Tungku besi (4kg) & Sarung Herba: RM 88.00



Harga Tungku besi (2kg) & Sarung Biasa viscose: RM 62.00

Harga Tungku besi (3kg) & Sarung Biasa viscose: RM 70.00

Harga Tungku besi (4kg) & Sarung Biasa viscose: RM 80.00



Harga Berasingan

Harga Tungku Besi 2kg: RM 36.00

Harga Tungku Besi 3kg: RM40.00

Harga Tungku Besi 4kg: RM46.00

Harga Sarung Herba : RM46.00
Harga Sarung Biasa : RM 36.00

Berminat untuk retail dan borong sms aida 016-5210225
Email : momsnbabydream@yahoo.com

Tungku Herba Ibu


Amat sesuai utk wanita lepas bersalin bertujuan utk menyegarkan badan, memanaskan badan, mengecutkan rahim,melancarkan perjalanan darah,menghilangkan rasa sengal dan membuang angin dlm badan dan juga boleh mengempiskan perut..MUDAH DIGUNAKAN dan RINGAN xmcm tungku besi..terpulang pada individu mn yang sesuai..



Cara menggunakan:



Kaedah pertama: 

1- Ambil periuk kukus atau periuk nasi elektrik yang berkukus dan masukkan air setengah periuk.
2-Letakkan 1 bungkus Pek Tungku Herba di atas pengukus tersebut. Biarkan antara 10 - 15 minit (mengikut tahap kepanasan yang dikehendaki)
3- Keluarkan pek tungku herba. Pek Tungku Herba yang sedang panas tadi dilap dengan tuala bagi mengurangkan basah wap, kemudian dituam secara cepat di perut.
4- Setelah kadar panas agak selesa barulah ditungku dengan tempoh masa yang lebih lama di bahagian badan bagi memastikan khasiat herba terserap ke dalam badan.
5-setelah tungku sejuk ulang cara bertungku yang sama.
6-Rawatan bertungku disyorkan dilakukan pada waktu pagi dan petang selama 2 minggu atau sehingga habis tempoh berpantang. 



Kaedah Kedua-TIDAK PERLU DIKUKUS DAN DIBASAHKAN



1- Panaskan kuali yang mendatar/kuali biasa/tudung periuk dengann nyalaan api yang paling kecil sekali

2- Biarkan selama 2-3 minit tungku diatas kuali,cuba tuam pada bahagian atas tapak tangan sekiranya sesuai kepanasan yang anda inginkan, sedia untuk digunakan
3- Tuamkan tungku herba ke seluruh badan yg
dikehendaki.
4- Boleh digunakan semula dengan mengulangi cara di
atas.
5- Rawatan bertungku elok dilakukan pagi dan petang

selama 2 minggu atau 30 hari berpantang.


RM 38 jer...


Kaedah penyimpanan

1. Jika simpan dalam keadaan basah,simpan didalam bekas kedap udara tutup rapat2 dan masuk kan dalam peti ais..boleh digunakan sgt lama bergantung pada penjagaan individu tuee..make sure jgn smpi berkulat ek..

2. Jika nak simpan dalam keadaan kering,jemur dulu tungku tue sampai betul2 kering dan boleh simpan ditempat yang kering..

Senang je kan..so boleh la cuba..

1 ulasan:

mira berkata...

sy menghadapi masalah tungku herba berkulat..ada sapa2 blh tlg sy.apa yg harus sy lakukan?buang saja tungku tu o ada cara lain?klu buang syg coz bru gna smggu